.jpg)
Pada cuti sekolah ini,guru bahasa Melayu kami,Cikgu Muslim
telah membawa kami ke Macritichie untuk
mengembara sambil mempelajari dan
menikmati unsur alam dan digabungkan dengan sastera.
Bak perpatah,sambil menyelam minum air.
Kami berkumpul di pertukaran bas di Bukit Batolalu berangkat dengan menaiki bas 852.
Ketika di dalam bas, perasaan ghairah menimbul kerana
ingin tahu apa yang akan temui di sana.
Setibanya di Macritchie , kami membuat senaman ringandan memeriksa barang-barang yang diperlu
Cikgu Muslim mengusik saya dengan mengatakn
kasut saya sesuai untuk ke Orchard .
Saya sangkakan perjalanan kami tidak beberapa jauh tetapi
alangkah terperanjatnya saya kerana perjalanannya
amat jauh.
Tapak kaki saya sudah mula berasa bisa
dan saya juga turut berasa letih .
Kedengaran burung berkicauan dan biawak mengucup.
Sebenarnya saya takut jikalau ada sebarangan binatang yang akan muncul tiba-tiba dan melintas perjalanan saya.
Tetapi saya amat bersyukur kerana ia tidak terjadi.Di setiap perhentian,kami membuat latihan.Latihan itu haruslah kami menggunakan pancaindera untuk menikmati keistimewaan dan mencantumkan mereka untuk menjadikan sebuah puisi .
Latihan tersebut tidak begitu sukar tetapi fikiran saya buntu kerana sudah penat berjalan. Tapak kaki saya juga sudah melecit dan saya kehausan.
Di perhentian terakhir,kami telah mempersembahkan sebuah puisi dengan melakonkan atau mendendangkannya.
Kembara tersebut bertamat kira-kira jam 3 petang. Semua rakan saya terlelap di dalam bas kerana kami sudah terlalu penat.Keseluruhannya,saya berterima kasih kepada Cikgu Muslim kerana mengadakan kembara ini.
Ia amat menarik dan juga hasilnya sangat berlunas.
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila di jiwa kita masih lagi muda
Dan mentahKu lihat hijau
-dipetik daripada penyanyi Zainal Abidin,HIJAU.