<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/5180418622315839453?origin\x3dhttp://kembarasasterabersamafathin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
yoururl-here .blogspot.com ♥

Wednesday, December 26, 2007
faathin. posted at 5:50 AM | 0 Noticed Me

Pentas Budaya 2007 . Cikgu Muslim dan murid-muridnya telah menonton pertandingan Pentas Budaya 2007 di Victoria Theatre beberapa bulan yang lalu . Pentas Budaya adalah sebuah pertandingan antara maktab rendah mempamerkan adat dan budaya Melayu. Mereka boleh mempamerkannya dalam segi lakonan,nyanyian ataupun tarian. Setiap persembahan mereka sangat unik dan menarik . Ada di antaranya sungguh mencuit hati sehingga penonton tidak henti bergelak . Pada keseluruhannya , saya amat berpuas hati kerana perserta-perserta berjaya menyampaikan pesanan mengenai adat dan budaya Melayu dengan berkesan .
Syabas ya !

Thursday, July 5, 2007
faathin. posted at 5:58 AM | 1 Noticed Me

PAGI
Matahari menyerlah sinarnya
pada ubun-ubun buki
merah,kuning,perang dan suasa
butir-butir embun menitik pada daun-daun
oh!betapa indahnya,hening dan damai.
Di permatang
petani bersama kerbau dan bajaknya
menuju ke sawah beriring-iringan
KUNTUM PERTIWI
Kembanglah bunga
bunga bangsaku
di taman negara
di tanah tercinta.
Bunga harapan harum mewangi
kuntum peritiwi.
KICAU MURAI
Murai berkicau di pagi hari
nyaring suaranya menyanyi-nyanyi
hatinya sangatlah suka
melihat mentari membukakan mata
Ia menyanyi di dahan tinggi
sahut bersahutan tiada berhenti
seperti mengatakan kepada kami:
"Hei,bangunlah hari dah tinggi!"
penat berbunyi ia berhenti
menyisir bulunya berdetap-detap
seperti ia mengajar kami:
"mandi pagi dan cuci gigi".
Sudah iu ia terbang
mengibas-ngibaskan kepaknya yang kuat
menyambar ke sana menyambar ke mari
menunjukkan tubuhnya cergas dan sihat.

Thursday, June 21, 2007
faathin. posted at 1:54 AM | 0 Noticed Me










Pada cuti sekolah ini,guru bahasa Melayu kami,Cikgu Muslim


telah membawa kami ke Macritichie untuk


mengembara sambil mempelajari dan


menikmati unsur alam dan digabungkan dengan sastera.


Bak perpatah,sambil menyelam minum air.


Kami berkumpul di pertukaran bas di Bukit Batolalu berangkat dengan menaiki bas 852.


Ketika di dalam bas, perasaan ghairah menimbul kerana


ingin tahu apa yang akan temui di sana.




Setibanya di Macritchie , kami membuat senaman ringandan memeriksa barang-barang yang diperlu


Cikgu Muslim mengusik saya dengan mengatakn


kasut saya sesuai untuk ke Orchard .


Saya sangkakan perjalanan kami tidak beberapa jauh tetapi



alangkah terperanjatnya saya kerana perjalanannya



amat jauh.



Tapak kaki saya sudah mula berasa bisa



dan saya juga turut berasa letih .



Kedengaran burung berkicauan dan biawak mengucup.


Sebenarnya saya takut jikalau ada sebarangan binatang yang akan muncul tiba-tiba dan melintas perjalanan saya.



Tetapi saya amat bersyukur kerana ia tidak terjadi.Di setiap perhentian,kami membuat latihan.Latihan itu haruslah kami menggunakan pancaindera untuk menikmati keistimewaan dan mencantumkan mereka untuk menjadikan sebuah puisi .



Latihan tersebut tidak begitu sukar tetapi fikiran saya buntu kerana sudah penat berjalan. Tapak kaki saya juga sudah melecit dan saya kehausan.


Di perhentian terakhir,kami telah mempersembahkan sebuah puisi dengan melakonkan atau mendendangkannya.



Kembara tersebut bertamat kira-kira jam 3 petang. Semua rakan saya terlelap di dalam bas kerana kami sudah terlalu penat.Keseluruhannya,saya berterima kasih kepada Cikgu Muslim kerana mengadakan kembara ini.
Ia amat menarik dan juga hasilnya sangat berlunas.




Dewasa ini kita saling merayakan

Kejayaan yang akhirnya membinasakan

Apalah gunanya kematangan fikiran

Bila di jiwa kita masih lagi muda

Dan mentahKu lihat hijau

-dipetik daripada penyanyi Zainal Abidin,HIJAU.

faathin. posted at 12:50 AM | 0 Noticed Me

Dedaunan menari-nari ditiup angin
Seolah mengikut irama syahdu
Ku amat menghargai
Keisitimewaanmu dirimu
Waduh!

Kegunaanmu penting dalam hidup kita
Untuk keperluan semua seharian
Jangan kau pergi
Meninggalkan diriku
Keseorangan

Berwarna ungu dan merah jambu
Berlapisan dua unik sekali
Bunga pokok bakar
Yang dikutipku
Semalam